Rentak Timur Vanilla

Friday, June 15, 2007

Menggunakan Vanila tanpa alkohol dalam penyediaan makanan

Vanila bahan perisa yang dihasilkan dari tumbuhan orked yang memanjat. Rata-rata masyarakat di Malaysia kurang mengetahui bahawa vanila merupakan sejenis tumbuhan.

"Pokok vanila ?" Ini adalah reaksi biasa yang saya terima bila seseorang diberitahu tentang wujudnya tumbuhan spesis orked ini. Ramai yang tahu tentang betapa harumnya vanila bila diadun bersama makanan, contohnya kek. Namun ramai juga yang menganggap bahawa vanila adalah perasa tiruan semata-mata.

Bagi mereka yang hobinya membuat kek sudah pasti pernah menggunakan bahan perisa cecair dari botol kecil yang dilabel perisa vanila. Untuk pengetahuan semua kebanyakan perisa tersebut adalah tiruan.

Perisa tulen dikenali sebagai ekstrak vanila. Ianya mempunyai aroma yang berkali-ganda lebih harum berbanding perisa tiruan. Ekstrak vanila yang terdapat di pasaran antarabangsa sememangnya diketahui mengandungi alkohol. Ini kerana alkohol merupakan bahan pemangkin terbaik dalam menghasilkan ekstrak vanila.

Ekstrak vanila yang dihasilkan oleh Rentak Timur adalah bebas alkohol.
Ini kerana penghasilannya berasaskan glycerin.

Selain dari menggunakan ekstrak vanila dalam penyediaan makanan seperti kek, terdapat pilihan lain iaitu menggunakan serbuk vanila yang diperolehi dengan cara mengisar buah vanila. Penggunaan serbuk vanila ini dijamin 100% bebas alkohol dan semestinya halal.

Serbuk vanila ini sangat sesuai untuk digunakan dalam penyediaan makanan seperti kek,
biskut dan aiskrim berbanding perisa tiruan yang banyak di pasaran.

Labels:

5 Comments:

At 1:08 AM, Anonymous Anonymous said...

Saya mendapat infomasi yang padat apabila membaca artikel mengenai vanila ini. Sebagai pengguna ini merupakan satu info yang tidak harus dipandang ringan. Dari sudut industri pula ia dapat memberi banyak peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya yang bergiat dalam industri pertanian. Persoalannya sekarang sejauh manakah kemampuan kita untuk mengawal penggunaan bahan ekstrak dalam makanan ini. Juga diharap dapat memberikan penjelaskan kepada pengguna bagaimana untuk membezakan vanila ekstrak dengan yang asli. Terima kasih

 
At 11:43 PM, Blogger Unknown said...

Layarilah laman web RTSB untuk mendapatkan informasi terkini. Anda juga akan dimaklumkan bila dan dimana exhibition yang akan kami sertai.

Exhibition adalah satu kaedah untuk anda mendapatkan maklumat secara terus dan jelas. Anda juga dapat melihat sendiri contoh pokok vanila dan produk-produk berasas vanila yang kami keluar dan pasarkan.

Jadi kami di RTSB mengalu-alukan lawatan anda.
Jangan ketinggalan...

 
At 11:43 PM, Blogger syahrule said...

vanilla sedap

 
At 9:15 AM, Blogger che nad said...

salam, daripada artikal ini, saya mendapati bahawa pengekstrakan vanila adalah bebas alkohol, jadi saya ada sedikit pertanyaan iaitu apa beza pengekstrakan alkohol dgn gliserin? dan kenapa tidak menggunakan alkohol.?terima kasih

 
At 2:06 AM, Anonymous Anonymous said...

vanilla ada alkohol atau tanpa alkohol yang mana satu berpotensi utk jualan di pasaran skg? ada perbezaan harga atau mutu antara jenis vanilla alkohol atau tidak?

 

Post a Comment

<< Home